Pilihan raya Chen_Man_Hin

Ekoran kematian Adun MCA di Rahang,Negeri Sembilan, Chen Man Hin telah bertanding sebagai calon Bebas dan beliau menang.Pilihan raya kecil Rahang diadakan pada 9 Disember 1965. Beliau menggunakan lambang bunga 'cherry blossom'. Ketika itu DAP dalam proses penubuhan dan berjaya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kemenangan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964, pembangkang kalah teruk kerana perpecahan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Namun parti DAP bangkit . Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam yang masih di dalam penjara , membantah tindakan Parti Buruh yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu.[4] Pengerusi Parti Buruh, Lim Kean Siew , ahli parlimen Datuk Keramat dan Adun Air Hitam, Pulau Pinang mempersoalkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di Malaysia.

Seterusnya beliau menang dalam Pilihan raya 1978 dan 1986. Tahun 1986, DAP menang 24 kerusi Parlimen dan 56 kerusi negeri.

Tahun 1999, beliau kalah bertanding di P118 Rasah, Negeri Sembilan kepada Datuk Goh Siow Huat (BN).[5] . Tahun 1999, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas mengejut di Pulau Pinang tetapi PAS menang besar di Terengganu dan membentuk kerajaan. Ramai hulubalang UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).[6]